Pangsapuri Persanda 3

Jalan Boling Padang 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Thursday, 1 October 2015

Program Kesedaran Mengenai Denggi

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil daripada Persatuan Sains Kesihatan dari kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia akan memberi maklumat tentang kesedaran mengenai denggi pada hari  Ahad ini bertarikh 04 Oktober 2015 bertempat di Dewan Badminton Pangsapuri Persanda 3 . Sila beri kerjasama untuk menjayakan program tersebut.

Terima kasih
Badan Pengurusan Bersama

Monday, 28 September 2015

Penyemburan Asap (Fogging)

[Info Terkini] 

Pihak JMB menerima maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan operasi penyemburan asap (fogging) pada hari ini 29 September 2015 pada jam 6:00 petang.

Badan Pengurusan Bersama,

Tuesday, 22 September 2015

NOTIS PEMBERITAHUAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) PANGSAPURI PERSANDA 3, SEKSYEN 13


Kepada Semua Pemilik Unit Pangsapuri Persanda 3,

Merujuk kepada perkara di atas dan surat berujukan MBSA/COB/600-2/90/09 Jld.2(25) bertarikh 7 Julai 2015.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, kami daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Persanda 3, Seksyen 13 Shah Alam akan memanggil dan mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) perenggan 11 Jadual Ke-2 Aka 757 pada :

     i.   Tarikh  : 03 Oktober 2015
    ii.   Tempat : Dewan Serbaguna Pangsapuri Persanda 3, Tingkat 5
   iii.   Masa : 10:00 pagi

3. Agenda mesyuarat agung luarbiasa ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berikut:

   i. Perlantikan Bendahari dan Setiausaha yang baru
  ii. Pelarasan Maintenance Fee dan Sinking Fund
 iii. Pembentangan belanjawan setakat pengambilalihan pada Mei 2015
 iv. hal-hal berkaitan penduduk

Justeru itu kami memohon agar pihak tuan/puan mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Persanda 3
Mohd Sabri Bin Unir@Hashim
Pengerusi

Saturday, 19 September 2015

Program Pencegahan Denggi di Pangsapuri Persanda 3




Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil daripada Persatuan Sains Kesihatan dari kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia akan memberi maklumat tentang kesedaran mengenai denggi dari rumah ke rumah setiap minggu (jika perlu) bermula hari ini 20 September 2015. Sila beri kerjasama untuk menjayakan program tersebut.

Terima kasih
Badan Pengurusan Bersama

Wednesday, 8 July 2015

Persanda Group @ Facebook

Saturday, 27 June 2015

Pangsapuri Persanda 3

Selamat Datang ke laman sesawang Pangsapuri Persanda 3 (Official) 

 Halaman ini akan memberi manfaat kepada semua penduduk-penduduk di pangsapuri tersebut. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut. 

 Terima Kasih :)