Kepada Semua Pemilik Unit Pangsapuri Persanda 3,
Merujuk kepada perkara di atas dan surat berujukan MBSA/COB/600-2/90/09 Jld.2(25) bertarikh 7 Julai 2015.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, kami daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Persanda 3, Seksyen 13 Shah Alam akan memanggil dan mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) perenggan 11 Jadual Ke-2 Aka 757 pada :
i. Tarikh : 03 Oktober 2015
ii. Tempat : Dewan Serbaguna Pangsapuri Persanda 3, Tingkat 5
iii. Masa : 10:00 pagi
3. Agenda mesyuarat agung luarbiasa ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berikut:
i. Perlantikan Bendahari dan Setiausaha yang baru
ii. Pelarasan Maintenance Fee dan Sinking Fund
iii. Pembentangan belanjawan setakat pengambilalihan pada Mei 2015
iv. hal-hal berkaitan penduduk
Justeru itu kami memohon agar pihak tuan/puan mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Persanda 3
Mohd Sabri Bin Unir@Hashim
Pengerusi